Main Menu

Login Form



Welcome to the Frontpage
Pengenalan Kelab Astronomi SMK Matang Hilir PDF Print E-mail
Written by Webmaster   
Monday, 22 February 2010 10:52

Pengenalan Kelab Astronomi SMK Matang Hilir

 

Kelab Astronomi telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2004.Penubuhan kelab adalah kerana minat murid dalam astronomi selepas dibawa melawat ke Planetarium Sultan Iskandar dan mendengar ceramah berkaitan dengan The Universe oleh Encik Jacob Sebastian.

Tiada pengasas bagi kelab ini tetapi yang memulakan adalah kelompok murid yang begitu meminati bidang astronomi dan juga Puan Senah Jan. Dengan sokongan sepenuhnya oleh pengetua pada masa itu,iaitu Tuan Haji Bidin Bin Abas, maka permohonan untuk menubuhkan kelab telah diluluskan.Anggaran bilangan ahli kelab pada tahun pertama penubuhan kelab ialah seramai 120 orang.

Guru penasihat untuk kelab ini pada waktu itu adalah Puan Senah Jan, Puan Mary Manday, dan juga Encik Abang Borhanuddin Bohari.

Tujuan penubuhan kelab adalah untuk meningkatkan minat murid dalam astronomi, menyediakan platform untuk aktiviti astronomi, dan menyemai minat terhadap astronomi seawal menengah rendah.Penubuhan kelab juga merupakan satu wadah untuk menyalurkan minat murid ke arah bidang Sains Angkasa dan seterusnya berjaya melahirkan rakyat yang dapat menyumbang tenaga dalam bidang astronomi.

SMK Matang Hilir telah diankangkatkan sebagai Sekolah Astronomi Pertama pada tahun 2004. Penganugerahan tersebut telah dilakukan pada tahun 2008 bersempena dengan Hari Astronomi Sedunia pada tahun tersebut.

 

Carta Organisasi Kelab Astronomi SMK Matang Hilir

Pengerusi             : Mohd. Hairol

Naib Pengerusi      : Fung Choo Ting

Setiausaha            : Nur Azizah

Naib Setiausaha     : Hu Chai Yuin

Bendahari             : Hudson Vern

AJK   :Tingkatan 5 : Chong Mui Lu,Adrian Rodriguez

Tingkatan 4 : Joshua

Tingkatan 3 : Nur Shafiqa, Matthew

 

 

Last Updated on Saturday, 27 February 2010 13:42