Perjumpaan Kelab Astronomi Pertama
10 Februari 2010- PERJUMPAAN PERTAMA KELAB ASTRONOMI 2010

Perjumpaan ini bertempat di kelas 5S2, SMK Matang Hilir, bermula pada pukul 1.20 hingga 2.40 petang. Antara guru penasihat yang telah mengikuti perjumpaan ini ialah Cikgu Halimaton Amirah Ngah dan Cikgu Hajah Sarimah BT. Mohamad. Seramai 80 lebih orang ahli telah mendaftar diri dan mengikuti perjumpaan ini.
Aktiviti pertama yang dijalankan ialah pendaftaran ahli kelab lama dan baru. Ahli kelab terdiri daripada pelajar tingkatan 3, 4, dan 5. Perkara yang amat menggembirakan ialah ahli-ahli lama masih lagi setia dengan kelab Astronomi dan terdapat juga ahli-ahli baru yang mendaftar. Ini bermakna Kelab Astronomi tetap kelab kegemaran pelajar SMK Matang Hilir.
Seterusnya, pemilihan ahli jawatankuasa Kelab Astronomi dijalankan. Pemilihan ini berunsur penamaan nama ahli dan undian. Selepas pemilihan AJK, Cikgu Halimaton menerangkan serba-sedikit latar belakang Kelab Astronomi. Motto Kelab Astronomi adalah MEMPERKASAKAN ASTRONOMI MELALUI SEKOLAH. Aktiviti yang bekal dijalankan pada perjumpaan seterusnya ialah aktiviti secara berkumpulan. Aktiviti ini melibatkan pembinaan loga dan tema bagi kelab, ahli-ahli diminta untuk membawa alatan mewarna dan barang-barang yang diperlukan.
Akhir sekali, ahli-ahli dipesan agar tidak meninggalkan sekalipun aktiviti kelab. Kemudian, perjumpaan kelab pun berakhir.
Last Updated (Friday, 12 March 2010 14:57)
















