Banner
Home

Pendidikan Astronomi Menerusi Permainan

 

Aktiviti yang telah dijalankan pada perjumpaan pada 7 Julai 2010 adalah pendidikan astronomi menerusi permainan. Pendidikan astronomi yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan " Star Chart ". Namun, bukanlah belajar mengetahui kedudukan bintang dengan menggunakan star chart, sebaliknya, star chart digunakan sebagai bahan untuk membolehkan ahli-ahli kelab mengingati bentuk buruj.

Untuk menjalankan permainan ini, ahli-ahli telah dibahagikan kepada sembilan kumpulan terlebih dahulu dan seorang wakil telah dipilih. Kemudian, setiap kumpulan akan diberi tiga star chart sebagai panduan. Dua orang guru pembimbing, iaitu Cikgu Halimaton dan Cikgu William akan mengendalikan permainan ini.

Guru pembimbing bertugas sebagai pihak yang memberitahu nama buruj dan ahli-ahli diminta untuk melukis semula bentuk buruj yang diminta di papan hitam. Setiap kali ahli-ahli diberi masa selama dua puluh saat. Kumpulan yang berjaya melukis semula buruj dengan tepat akan diberi 3 markah, manakala kumpulan yang telah melakukan sedikit kesalahan akan diberi 2 markah, 1 markah pula diberi kepada kumpulan yang lukisan masih boleh diterima dan bagi yang lukisannya agak kurang tepat, tiada markah akan diberi.

Permainan ini telah berlangsung selama satu setengah jam, menerusi gambar, kita boleh mendapati bahawa ahli-ahli bukan sahaja seronok dengan permainan ini, mereka turut telah mempelajari ilmu astronomi secara tidak langsung.

Ahli-ahli sedang meneliti star chart

Ahli-ahli berusaha untuk mendapatkan markah untuk kumpulan

Guru pembimbing- Cikgu Halimaton dan Cikgu William

 

Selain daripada aktiviti ini, seorang lagi guru telah menyertai kelab astronomi dan guru pembimbing ini adalah Cikgu William. Dengan adanya penglibatan Cikgu William, sudah pastinya KELAB ASTRONOMI SMK MATANG HILIR akan terus berkembang maju!

 

 

Last Updated (Friday, 09 July 2010 13:46)

 
Login Form
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday8
mod_vvisit_counterYesterday69
mod_vvisit_counterThis week195
mod_vvisit_counterLast week195
mod_vvisit_counterThis month294
mod_vvisit_counterLast month1194
mod_vvisit_counterAll days4690

We have: 1 guests online
Your IP: 38.107.191.112
 , 
Today: Sep 09, 2010
Undian
Kenapa Menyertai Kelab Astronomi